Wednesday, August 1, 2012

Sejenak Di Malam Hari

Lokasi: Rumah
Tahun: Beberapa minggu lepas.

Aku buka laptop.Buat apa-apa kerja yang patut.

Di ruang tamu,bini tengah layan cerita melayu.Kusyuk.Aku biarkan.

Tengah sedap buat kerja,tup-tup terdengar suara Nasir Bilal Khan di kaca TV.Wah,kalau Nasir Bilal Khan ada dalam TV,aku kena bagi perhatian sikit.Oh ya,aku baru google cerita tersebut.Cerita tersebut berjudul "berpaling dari jannahmu". Sebut betul-betul,jannahmu.Bukah jadahmu.Bulan puasa jangan main-main.

Mata aku pandang ke arah tv.Aku nampak,ada satu babak sedang berlangsung.Babak di mana Ogy Ahmad Daud tengah merayu-rayu dalam doanya selepas solat supaya dikurniakan seorang anak.Menangis-nangis bukan main.


"Ni mesti jap lagi tuhan bagi dia dapat anak,lepas tu dia tak jaga anak dia elok-elok.Tak hargai.Lepas tu anak dia mati.Bila anak dia mati,dia menyesal.Setel."

Aku cakap kepada bini aku tentang apa yang akan berlaku dalam cerita tersebut berdasarkan gerak hati aku.

Bini aku tak percaya.

Akhirnya,cerita tadi berlaku sebijik-sebijik seperti apa yang aku cakap.









Bini aku angkat katil.