Wednesday, July 18, 2012

Semalam Yang Hangat 33

Demam aku semakin kuat.Jadi,semalam,aku ambil keputusan untuk ke klinik panel.

Sampai di klinik,aku serahkan IC dan kad perubatan yang diberi oleh syarikat.Setelah selesai pendaftaran,doktor yang bertugas,check badan aku dengan penuh sopan.

Setelah beberapa ketika,doktor mengesahkan aku aku tidak sihat.Dia menerangkan penyakit aku dan ubat-ubat yang akan diberikan.Setelah selesai,aku ucapkan terima kasih.

"Esok kerja?" tanya doktor kepada aku yang sudah menghampiri pintu.
"Kerja.Kenapa?" aku bertanya semula.

"Nak MC tak?" soal doktor tadi semula.Mungkin melihatkan aku agak lemah.
"Tak payah lah." aku balas semula dengan senyuman penuh sopan sambil membuka pintu dan berlalu pergi menunggu giliran untuk ambil ubat.

Macho habis.








Sekarang,macam jahanam dia punya mengantuk lepas makan ubat pagi tadi.

Macho lah sangatttt!!!

Stresss...stresss....