Sampai di rumah,tukar pakaian,terus pekena nasi.Maghrib belum masuk lagi.Dah makan-makan,baru boleh pekena bacaan yassin secara berjamaah.
Sambil kunyah nasi,mata aku tertancap (apajadah mimpi guna perkataan pelik ni) ke arah tv.Cerita Dejavu di Kinabalu sedang dimainkan.Kalau ikutkan hati,dah lama aku tukar channel.Memandangkan bini aku dengan kakaknya kusyuk melayan,aku malas nak cari gaduh.
Cerita mengisahkan Bazli(macam arwah hani mohsin pun ada muka dia ni) minat Tiz Zaqyah.
Tiz Zaqyah pula,minat Akasha.
Kakak Tiz Zaqyah pula,juga minat Akasha.
Ringkasnya,boleh la ditulis:
(Tiz Zaqyah + Kakaknya) -> Akasha
Bazli -> Tiz Zaqyah.
Awek Akasha sebenarnya dah mati.Bila mati,jantungnya didermakan kepada Tiz Zaqyah.So,disebabkan jantung aweknya berada di dalam badan Tiz Zaqyah,Akasha jadi jatuh cinta kepada Tiz Zaqyah dan begitulah juga perasaan Tiz Zaqyah kepada Akasha.Ini berlaku tanpa mereka sedar.Masing2 jatuh cinta kerana aura jantung tersebut? Mungkinkah UncleAttentionSeekers boleh jelaskan fenomena pelik sebegini?
Jadi,pada pandangan aku,memandangkan Bazli adalah seorang yang setia kepada Tiz Zaqyah dan beliau yang bayar kos pembedahan jantung Tiz Zaqyah,aku ada penyelesaian mudah untuk Bazli.
Bazli boleh pergi karate Akasha sampai pengsan,pindahkan jantung beliau dengan jantung Akasha,lepas tu,boleh mula berharap Tiz Zaqyah mula sukakannya.
Yang lain-lain,pedulikan.
Cepat Bazli,aku nak tolong kau ni.
Pegi karate cepat.
Why so serioussssss?

