Tuesday, July 3, 2012

Sepetang Di IKEA

Hari sudah petang.Semut di lantai berkicau riang.Aku berjalan-jalan dengan tenang.Kalau tak kerana bawa orang,takda keja aku nak datang bersesak-sesak di IKEA.Sampai di satu bahagian,aku ternampak ada cermin yang sangat jelas pantulannya.Aku berminat.Aku menghampiri cermin tersebut dengan harapan muka aku akan muncul di dalam cermin.

Bila tiba di hadapan cermin tersebut,tiba-tiba,muncul wajah seorang gadis.Gadis tadi sedang sibuk membelek tilam di sebelahnya.

Itu bukan cermin.Itu adalah lubang di dinding yang tembus ke sebelah sana.

Benci.



---------------------------------------------



Hari sudah petang.Semut di lantai berkicau riang.Aku berjalan-jalan dengan tenang.Kalau tak kerana bawa orang,takda keja aku nak datang bersesak-sesak di IKEA.Sampai di satu bahagian,aku penat.Aku ambil keputusan untuk duduk di atas katil yang disediakan.Empuk.

Sedang duduk dengan penuh tertib,tiba-tiba ada seorang gadis lalu di hadapan aku,dan,terus duduk di atas katil.Katil tersebut terletak di hadapan aku.

"Eh eh..empuknyaa..." ujar gadis tadi sambil duduk lompat duduk lompat di atas katil tadi.

Katil tadi bergoyang-goyang.'Organ tergantung' gadis tadi juga bergoyang-goyang.

Benci.