Jam sudah 6.15 petang.Aku kemas-kemas barang.Semua aplikasi menaip di skrin laptop aku tutup satu persatu.Kerja sebagai kerani ni,jari jemari memang gagah.Menaip sepanjang hari je kejanya.
Aku kena bergegas pulang.Bukan apa,hari semakin redup.Hujan nak turun.Lagipun,selain bernafas dan mandi,banyak kerja lagi aku perlu buat ketika di rumah.
Jadi,selepas mengemas kertas-kertas di atas meja,aku tekan butang 'Shut Down' pada laptop aku.Laptop perlu dibawa pulang,kerana ada benda yang perlu diselesaikan.
Skrin komputer bertukar kepada 'mode' untuk 'Shut Down'.Aku dah bangun dari kerusi,buka zip beg laptop dan siap kunci laci meja.Tiba-tiba....
"Please do not power off or unplug your machine. Installing update 1 of 10... =) "
"Aaaaaaaaaaaaaa.........." jerit laptop tu bila aku lempar dia jauh-jauh.

