Ismail Kalahari duduk bersendirian di dalam bilik pejabatnya.Tugas sebagai bos amatlah berat.Pelbagai tugas perlu dilakukan untuk membolehkan syarikatnya bergerak lancar.Selaku individu yang bertanggungjawab,Ismail Kalahari cuba menjalankan tugasnya dengan baik.
Tiba-tiba kelihatan Jaslina berjalan laju keluar dari pintu lif.Langkahnya deras.Pintu utama pejabat dibuka dengan keras.Setelah melepasi pintu utama pejabat,Jaslina berjalan terus menuju ke arah bilik pejabat Ismail Kalahari.Mukanya ketat.Seperti menyimpan dendam.
Jaslina seperti yang diketahui,merupakan isteri kepada Ismail Kalahari.Orangnya cantik dan mantap.Seorang fresh graduate yang baru berkahwin dengan Ismail Kalahari.Manakala,Ismail Kalahari pula,sudah berumur lewat 30-an.Ramai orang dalam pejabat tersebut berkata,Jaslina berkahwin,hanya disebabkan harta Ismail Kalahari yang berjuta-juta.
Bila tiba di depan pintu pejabat Ismail Kalahari,Jaslina mula menyinga.
"Kenapa abang buat Jas macam ni!!!!" jerit Jaslina tanpa mempedulikan kakitangan sekeliling.
BAMMMMM!!!! Pintu pejabat Ismail Kalahari ditutup dengan kuat.
Ha.Yang tengah dok buat keja tu,pegi sambung buat keja.Yang tengah study pulak,pegi sambung study.Yang suri rumah dok kemas rumah tadi,pegi sambung mengemas balik.
Jangan dok sibuk nak jaga tepi kain orang sangat.

