Friday, March 11, 2011

Impian Teragung Jamil Yang Tidak Berjaya Ditunaikan.

Aku hanya terbayangkan satu impian yang aku tak sempat buat masa bujang dan aku pasti,kemungkinan besar tidak akan boleh ditunaikan lagi.

Impian aku,aku akan kumpul duit banyak-banyak untuk hidup selama setahun.Kemudian,dalam tempoh setahun tu,aku akan buat satu menda yang dah lama aku idamkan.

Well,dalam setahun,ada 52 minggu kan?Dan,aku akan bekerja dengan 52 jenis pekerjaan yang aku listkan dalam kertas.Ala-ala list macam dalam cerita gampang "My Name Is Earl".

Jadi,setiap pekerjaan yang akan aku mohon,aku hanya akan bekerja selama seminggu sahaja.Cukup untuk aku rasai pelbagai pengalaman pada masa tersebut.Seminggu ok la.Tak lama,tak sekejap.Life is short rite? Dan,masa bekerja tu,aku akan sediakan form.Bila habis seminggu aku bekerja,majikan akan cop tanda pengesahan di borang tersebut.Bayangkan 52 cop bila cukup setahun.Berapa ramai yang aku kenal? Berapa jenis tempat aku kena pergi? Berapa jenis cabaran aku akan hadapi? Freaking awesomeeee!!

Kerja yang aku akan apply? Hoh.Macam-macam.Angkut sampah,pemandu teksi,cuci bangunan,nelayan,pekerja hotel,kerja ladang sawit atau getah...u named it! Senang cerita,memang travel satu negara lah.Dan aku rasa,jika diterangkan secara betul-betul misi aku tu kepada majikan yang aku akan apply,mesti depa sokong.Yeah.Aku akan rekodkan perjalanan kerja aku samada dalam bentuk video atau tulisan.Sapa tak nak extra worker dalam seminggu kan? Hahaha..

Mungkin setelah cukup setahun,aku akan publish satu website khusus untuk menceritakan pengalaman aku sambil mempromosikan syarikat atau majikan yang telah menerima aku untuk bekerja dengan mereka dalam tempoh proses tersebut.

"Mamalia dengan 52 pekerjaan dalam setahun" begitulah mungkin tajuk cerita aku.

Setelah siap perjalanan aku dalam setahun tersebut,aku akan duduk di satu sudut yang tenang,lunjurkan kaki,diiringi pula dengan lagu Jason Mraz berjudul i'm yours yang dipasang perlahan-lahan,dan sambil tersenyum puas,aku akan menyebut..


"Aweesomeee!!!".





P/S:Bayangkan tebal resume aku lepas tu.Bahahahahahahahahaha!