Friday, February 18, 2011

Kashaf Imani




Semalam,sambil mengunyah nugget,setelah bosan dengan Discovery Channel,aku tonton cerita Kashaf Imani secara solo.Macam biasalah,jalan cerita agak tipikal macam cerita melayu lain.Semuanya boleh dijangka kesudahannya.

Namun,yang membezakannya adalah penghayatan perasaan pelakonnya.Itu yang membezakan kualiti sesebuah cerita walaupun jalan ceritanya amatlah 'kelice'.

Jadi,dalam cerita Kashaf Imani semalam,aku tabik kepada pelakon Sharifah Amani,Beto Kusyairi,Wan Sharmila,Normah Damhuri dan pengarahnya Azma Aizal Yusoof (oh dem,2 dari pelakon cerita ni kecuali Beto dan Normah, adalah pelakon slot Sindarela dulu,pengarahnya si Azma tu pun sama.nasib baik tak masuk Bront Palare..haha..).

Aku,kalau cerita tu boleh sampai ke hati aku yang cerewet ni,aku dah kira suka dah.Pelakon yang hebat,boleh menukarkan cerita yang 'kelice' kepada cerita yang sedap untuk ditonton.

Macam cerita 'garam',aura yang ada pada Angelina Jolie membuatkan filem itu menarik walaupun kita dah tahu macam mana jalan cerita tersebut akan berjalan.Kalau nak adaptasikan cerita tu dalam persekitaran Malaysia pun senang.Gantikan sahaja pihak berkuasa tu jadi Bukit Aman.Mungkin Abby Abadi boleh ganti Angelina Jolie.hahaha..terus jadi Gerak Khas rasanya.

Kalau Abby Abadi tak nak,mungkin Sharifah Sofia boleh ganti.Dia sesuai.Hot.

Sharifah Sofia? Ah! Pelakon Sindarela lagi!

Ok.Babai.

Muah!