Sunday, January 23, 2011

Jamil dan Rambut

Rambut depan dah panjang.Dah boleh selit-selit tepi orang kata.Cuma,kat kiri dengan belakang ja yang kembang.Yang lain dah hensem dah.Dalam fikiran aku,kalau aku nipiskan sikit bahagian tepi dengan belakang sahaja,memang hensem habis lah!

Memikirkan yang aku akan jadi lebih hensem,aku terus pecut PS ke kedai gunting rambut berhampiran.Dah sampai,aku buka pintu dan terus lompat ke dalam kedai menembusi cermin pintu dengan menggunakan hikmat halimunan yang aku belajar di youtube minggu lepas.

Tipu habis.

"Mapley..bagi nipis sikit tepi dengan belakang.Atas,depan,tak payah potong." aku bagi arahan siap dengan tangan-tangan sekali naik.Macam Anwar Ibrahim atas pentas.

Macha tadi angguk-angguk.

"ZRASSSSSS!!!!" bunyi mesin potong rambut.

Astaghfirullahhazimmm...





****Tiba di rumah..selesai mandi,lepak depan tv dengan bini.****


"Hahaha..bujalll....bujallll." bini aku gelak-gelak sambil pegang rambut aku.

"Hahaha..Dr. Rozmey..Dr. Rozmeyy." bini aku gelak-gelak lagi...juga sambil pegang-pegang rambut aku.Dia tarik-tarik rambut depan aku ke dahi.

Aku maintain menonton tv.Remote astro di tangan.Siaran ditukar-tukar.Sedih jugak dengan fesyen rambut yang salah potong ni.Nak suruh pendekkan terus,tak sampai hati.Dah bosan rambut pendek.Aku nak cuba fesyen rambut panjang pulak sekarang.Kalau rambut panjang,baru buleh buat aksi iklan syampoo dalam bilik air.Libas sana,libas sini,bilas sana,bilas sini.

Comel.

Tiba-tiba ada persembahan Noh Hujan dalam tv.

"Eh..rambut abang macam Noh Hujan lah!" bini aku keluar statement.Tangannya berhenti main rambut aku.









Ok.Masih ada cahaya di hujung terowong.