Tuesday, January 25, 2011

Pagi Yang hensem 23

"Kecebur!!..kecebur!!...kecebur!!" bunyi aku mandi.

Tak,aku tipu ja.Aku mandi tak bunyi macam tu.Pakai shower mana boleh berbunyi macam mandi kolah.Yang bunyi kecebur-kecebur tu,aku buat bunyi dengan mulut ja.

Yeay.Kena tipu.

Lepas mandi,aku cepat-cepat lap.Pakai ubat ketiak nak bagi wangi.Lepas tu sarungkan baju pejabat.Dem.Baru sarungkan baju,dah nampak hensem.Belum sarungkan yang lain-lain lagi tu.Bluetooth headset contohnya.

Selesai bersiap,aku tengok jam.Dah 8.15 pagi.Ada lagi 15 minit.Kalau naik kereta,kompom paling pantas pun,pukul 9 baru sampai.Jalan sesak yarabbi time-time macam ni.Nasib baik bini dapat masuk maktab.Kalau tak,6.30 pagi dah keluar dari rumah hantar beliau pegi kerja macam biasa.Singa pun tak bangun tido lagi masa tu.

Jadi,disebabkan aku bijak macam arnab,aku ambil keputusan untuk tunggang motor ja.Lama betul tak tunggang motor pegi keja ni.Setahun jugak rasanya.Setakat ke kedai tu,biasa la.

Setelah panas enjin motor lebih kurang,aku bergerak terus.Motor ditunggang laju.Sedikit demi sedikit spirit merempit yang hilang dulu mula meresap ke dalam badan aku.

Mula-mula spirit Loris Capirossi.Lepas tu spirit Mike Dohan.Dah setel dua spirit tu meresap,kemudian datang pulak spirit Rossi.5 Saat kemudian pulak,spirit Casey Stoner meresap masuk perlahan-lahan.Tidak ketinggalan juga,spirit menunggang Kesatria Baja Hitam.Pelengkap citarasa terakhir,spirit Adnan sempit pulak meresap masuk.Oh ya.Spirit local kena ada.Baru sesuai nak merempit dengan trafik tempatan orang kata.

Lagipun...spirit Loris Capirossi bukan biasa sangat dengan jalan Bukit Jalil ni.Begitu juga dengan spirit Kesatria Baja Hitam.

Bila semua spirit dah lengkap,baru boleh merempit tahap maksimum.Sekali lagi,selaku perempit yang berhemah serta licik,sebelum mencilok tak tentu hala,kita kena tau apa yang ada kat belakang kita.Jadi,kena pastikan belakang kita clear.Kat depan takpa,masa rempit boleh tengok.

Daya penglihatan terus aku set paling tajam.Aku kena pastikan semua objek di belakang dapat dilihat dengan jelas.Baru sedap nak merempit.Diingatkan,semua perlakuan ini berlaku dalam tempoh kurang dari 1 saat.

Aku pandang ke arah cermin pandang belakang.

Cemas.

Sebijik kereta mahupun motor pun tak ada.Tak nampak langsung.Yang ada,cuma langit yang tenang,burung-burung berterbangan serta singa yang berlari-lari di sebalik awan.Bukan setakat tak nampak kereta kat belakang,cermin pandang belakang pun tak ada!

Fokus Jamil.....fokus!

Cermin pandang belakang untuk motor... kat handle lah!









Semua spirit dalam badan aku geleng-geleng kepala.

Benci.