Monday, May 3, 2010

Bantal Kekabu.

"Makkk.....nak bawak balik bantal kekabu satu.Boleh?" ujar aku kepada mak aku petang semalam semasa nak bersiap balik ke KL.Walaupun aku dah tahu jawapannya memang boleh,saja anak menggedik dengan mak aku.
"Ha..nanti mak siapkan." balas mak aku tenang.

Mak aku ni rajin buat bantal dengan kekabu.Bukan jual,tapi buat letak kat rumah.Ye la,kalau semua ahli keluarga aku balik bercuti,dah dekat 50 orang dalam rumah kalau kira sekali menantu sampai cucu.Nak tidur malam-malam bantal kena cukup.Kalau tak cukup,macam mana nak mendapat tidur yang aaasemmm.

Setelah siap barang-barang,aku ambil bantal yang mak aku sediakan.Bersemangat betul pegang bantal tu.Bantal buatan mak lah katakan.Mesti sedap tido.Dah salam bagai dengan semua jiran-jiran,salam dengan mak ayah semua,adik beradik,aku pun berangkat pulang.PS dah mula ngada-ngada keluar air mata tanda sedih.Pandai betul berlakon.Setahu aku PS ni lahir kat Tanjung Malim.

Tengah sedap drive tu,baru aku perasan ada kelainan pada bantal yang mak aku bagi.


















Warna pink love-love youuuuuuu....!