Guruh di luar berdentum-dentum.Hujan lebat membasahi bumi.Kilat memancar-mancar.Sekali-sekala angin menderu-deru laju.Jam menunjukkan pukul 3 pagi.
"Bangggg...banggg.....bangun la bang....abanggg...." rengek si isteri sambil mengoncang-goncangkan badan suaminya.Suaminya tidur sedap betul.Sampai tak ingat dunia.
"Banggggg.....bangunnn..ayang takut niiii..." si isteri mula mencubit suaminya.Hilang sabar betul bila dia tidak dipedulikan seperti itu.
"Adui...apa main cubit-cubit ni yangg..sakit la..." bebel si suami bila terjaga.
"Abang tu..tidur tak ingat apa langsung.Ayang takut ni.Guruh kuat sangat.Kilat pun kuat." ngomel si isteri sambil buat muka penuh simpati campur manja.
"Astaga,kilat pun takut.Apa la ayang ni.Cengkerik kat hutan pun rilek je bila guruh kilat macam ni.Ayang je yang lebih-lebih.Meh sini abang dakap.Baring elok-elok.Abang dakap,sayang tido nyenyak-nyenyak yee...." bebel si suami dengan gaya berlagak sambil menarik-narik si isteri.Walaupun gaya berlagak,tapi masih penuh dengan kasih sayang.Matanya separa terbuka.Mengantuk betul nampaknya.
Sepi....
"Emm..kenapa le rambut sayang ni halus sangat.Rasa lain pulak.Ni mesti tukar syampu ni.Nasib baik potongan badan sama lagi.Dalam gelap pun abang dah boleh cam." bebel si suami sambil cium-cium rambut isterinya.Matanya masih terpejam.Hanya sentuhan sahaja dia dah tahu isterinya.Hebat betul.
Sepi.
"Banggg...." si isteri bersuara.
"Ye sayang....?" balas si suami.Tangannya masih memeluk kemas.
"Kenapa abang tak peluk sayang? Kenapa abang peluk patung badak air tu? Potongan badan ayang sama ke dengan badak air?" soal si isteri bertalu-talu sambil bersila atas katil.Mukanya ketat-ketat.
Guruh berdentum-dentum.Kilat sabung-menyabung.Angin menderu-deru laju.
Si suami mula berpeluh-peluh memikirkan teknik memujuk tahap teragung.