Wednesday, October 7, 2009

Sakit Telinga

Lokasi: KL
Tahun: 1993

Masa cuti sekolah hujung tahun,antara aktiviti aku selain dari mandi sungai sampai merah-merah mata dan melilau dalam kampung sepanjang hari,aktiviti makan angin kat KL adalah antara yang wajib.Setahun sekali mesti datang KL kat rumah akak aku.Seronok jangan cakap la,dah macam orang-orang tua nak ke Mekah.Kedah ke KL bukannya dekat.Masa tu mana ada highway utara selatan ye adik-adik.Bas ekspress tibai jalan kampung ja.Bertolak pagi,sampai dalam kul 5 atau 6 petang.Punya la lama.

Satu hari,masa tengah seronok tengok kartun kat rumah akak aku,tetiba telinga aku sakit.Nak tak nak tahan je lah,aku sorang je kat rumah.Petang nanti baru akak aku balik kerja.Bila akak aku sampai rumah dengan rakan-rakannya,aku pun mengadu.Akak aku tanpa banyak soal,bawak aku ke klinik.Oh ya,aku lepak umah bujang akak aku.Kira semua pompuan la.

Kat klinik,doktor sentuh sikit pun aku dah rasa nak menjerit.Punya la sakit.Last skali,doktor tu bagi ubat titik.Dia suruh titik je dalam telinga.Bagi lembut taik telinga katanya.Dah setel semua,aku ngan akak aku pun pulang.

Sampai kat rumah,akak aku pegi masak lauk ngan membe2 dia.Aku sambung baring je depan tv.Sakit jangan cakap la....berkerut jugak muka.Aku nak pegang telinga sendiri pun tak berani.Tengah menahan sakit tu,tetiba kak Lina turun dari atas.Yaa,kak Lina adalah adik kepada salah sorang housemate akak aku.Dia pun baru sampai ke KL.Jalan-jalan ke KL jugak macam aku.Baru je sampai tadi.

Kak Lina ni jgn cakap la,lawa nak mampos.Putih melepak.Umur dalam 17 tahun.Dia tingkatan 5 masa tu.Aku? Baru darjah 3.Tahun lepas aku dah jumpa dia.Tahun ni jumpa lagi.

"Eh eh..kesiannya...sakit ke?" sapanya lembut sambil duduk sebelah aku.Aku dah tak tentu arah.
"Ha'ah...sakit telinga.." balas aku sambil muka dah blushing...

"Ye ke,mari nak tengok" sapanya lagi lembut sambil pegang-pegang telinga aku yang mana aku sendiri pun tak berani nak pegang sebab sakit.

Ajaib....tiada langsung rasa sakit masa dia tengah belek-belek telinga aku.Aku rasa sedap je.Rasa berbunga-bunga.Rasa indah.Rasa hangat-hangat badan.Rasa nak bangun lompat-lompat sebab bersemangat.Nak lari naik turun tangga laju-laju sambil tahan nafas pun buleh jugak.



















Inikah yang dinamakan cinta?