Sunday, September 27, 2009

Air Terjun

Lokasi: Air terjun SmallVille
Tahun: 1994 - 1995 kot..

Dulu masa aku sekolah rendah dulu,keluarga aku selalu berkelah kat lata smallville.Selalunya hari Jumaat.Tak jauh dari rumah aku.Sekali berkelah jenis ajak semua adik beradik sekampung.Berkumpul ada le dekat 50 orang.Macam-macam acara ada,masak nasi dalam buluh,bakar ayam,sosej dan macam-macam lagi.

Biasanya start dari kul 10 pagi.Semua orang berkumpul kat sana.Dah siap amik buluh,daun lirek,pasang api,panggang-panggang semua,kaum lelaki akan balik untuk solat jumaat.Pas solat jumaat kami datang memang dah terhidang la makanan.Kira port kat lata tu,sekali tengok memang dah nampak macam kem pelarian.Bezanya kat situ ada muka kacak aku,jadi terus tak nampak macam kem pelarian.

Nak dijadikan cerita,kat bahagian atas lata SmallVille ada air terjun.Nak ke air terjun kena berjalan sket.Agak jauh la.Ada jalan kecik naik ke sana.Orang jarang pergi.

Sepupu-sepupu perempuan aku bercadang naik ke sana ramai-ramai.Ada le dekat 10 orang.Budak lelaki ada le dalam 3 orang termasuk aku.Kira aku le budak lelaki paling tua dalam group tu.Kami berjalan kaki dengan gembira.Rilek-rilek.

Selaku lelaki paling kacak,aku kena kawal keselamatan sepupu perempuan aku walaupun diorang dah sekolah menengah.Menda-menda yang membahayakan keselamatan seperti pacat aku tendang jauh-jauh.Baru nampak perkasa.Kat tangan ada sebatang kayu yang entah kat mana aku cekau.Aku jalan depan sekali.Baru rambo.Dah beberapa menet berjalan,akhirnya kami tiba di air terjun tersebut.

Sunyi.Tiada orang.

Tiba-tiba seorang sepupu perempuan aku menjerit.Pada masa yang sama jugak aku dengar jeritan beberapa jantan dari kawasan air terjun.

Kelihatan sekumpulan remaja lelaki dalam 5-6 orang sedang duduk di atas batu dalam keadaan berbogel.Sepupu perempuan aku yang lain yang mula nampak aksi bogel tersebut turut menjerit.Geng-geng remaja lelaki yang berbogel tadi terus terjun ke dalam air sambil menjerit sebab malu.Tak tahu pulak ada acara mandi bogel kat atas tu.Mentang-mentang la tak ada orang.

Kami semua terus berlari semula ke lata sambil menjerit-jerit kengerian.












Aku lari paling depan sekali.

Memang tak buleh diharap.