"Heran aku.Sehari pelawat cecah ratus-ratus.....nuffnang nak naik 25 sen pun sakit.Camna aku nak bagi duit raya kalau bisness slow camni......" ujar aku sambil cekak-cekak pinggang,muka kerut-kerut.
Kidal. Omnivor yang cenderung ke arah Karnivor. Berpengalaman hidup di Bumi selama 42 tahun. Bermata coklat. Suka bernafas. Penagih oksigen tegar sejak dari lahir. Mempunyai kebolehan untuk berlari setempat. Gemar makan beras rebus a.k.a nasik. Bijak dan pintar menggunakan jari-jemari dalam acara makan nasik. Bengap jika disuruh menggunakan chopstick. Pemegang kad ATM MAYBANK. Keluar air mata bila kumur Listerine. Mudah terasa geli peha bila berada di tempat yang tinggi. Pakar menghasilkan Karbon Dioksida dengan menggunakan paru-paru. Pembenci tegar asap rokok. Kalau nak kena tampar laju-laju,sila isap rokok sebelah aku.