Majoriti hadir ke demonstasi - Melayu Majoriti pihak berkuasa - Melayu Pemimpin - Melayu Kena tangkap - Melayu
Aku termenung jauh.
Tahu la aku sekarang kat Malaysia,tempat ramai Melayu.
Letak tepi Kerajaan.Letak tepi pembangkang.
Fikir dengan neutral dan logik.Buang emosi.
Bila jadi gini,siapa yang untung? Siapa yang tersengih? Siapa yang tertawa? Siapa yang ditertawakan?
"Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut." -Petikan dari pembangkang.(HARAKAH)
"Ditanya tindakan kumpulan terbabit termasuk pembangkang yang terus berdegil di sebalik amaran keras kerajaan serta polis, Perdana Menteri menegaskan, mereka kena berdepan dengan apa-apa tindakan yang akan dibuat oleh polis." -Petikan dari kerajaan.(UTUSAN)
Tak boleh ka diadakan majlis rasmi,aman damai.Mintak pihak istana hadir.Pihak kerajaan hadir.Pihak pembangkang hadir.Dan serahkan memorandum kamu?Kenapa perlu lumpuhkan ibu negara kita? Kamu semua(PEMIMPIN) diangkat untuk memimpin.Memimpin dengan akal.Jika begini kesudahannya,jelas dilihat perbincangan dan rundingan kamu semua telah gagal.Persis seperti artis yang hebohkan masalah rumahtangga di dada akhbar.Menjadi gelakkan dan bahan bualan orang.Tiada sumbangan langsung kepada negara,dunia apatah lagi.
Kidal. Omnivor yang cenderung ke arah Karnivor. Berpengalaman hidup di Bumi selama 42 tahun. Bermata coklat. Suka bernafas. Penagih oksigen tegar sejak dari lahir. Mempunyai kebolehan untuk berlari setempat. Gemar makan beras rebus a.k.a nasik. Bijak dan pintar menggunakan jari-jemari dalam acara makan nasik. Bengap jika disuruh menggunakan chopstick. Pemegang kad ATM MAYBANK. Keluar air mata bila kumur Listerine. Mudah terasa geli peha bila berada di tempat yang tinggi. Pakar menghasilkan Karbon Dioksida dengan menggunakan paru-paru. Pembenci tegar asap rokok. Kalau nak kena tampar laju-laju,sila isap rokok sebelah aku.
Habeh Dah.Klik gambar kalau nak baca sinopsis.Tunggu buku ke-2 pulak ye.Sedang mengarang. =}
IKLAN 1 : FORGET ME KNOT
Nak ambil berat tentang seseorang yg disayangi tanpa membuat panggilan @ text? Ibu dan ayah? Kekasih atau pasangan hidup? Anak-anak jauh di perantauan? Boleh download app ini. PERCUMA untuk pakej BASIC. Klik pada gambar untuk maklumat lebih lanjut. Semoga bermanfaat kepada anda. (^_^)
IKLAN 2 - VEHICLE PLATE SCANNER
Ingin mencatat nombor plet kenderaan? Anda pemilik parking kecil atau memerlukan rekod plet kenderaan? Boleh download app ini. Klik pada gambar untuk ke website bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut dan download app ini di sana. App ini telah mencatatkan lebih 10k download di Google Play. Semoga bermanfaat kepada anda. (^_^)
Pengskodeng Sekarang
Menda-menda yang tak dipaksa tapi sumpah aku terharu.