Video klip atas skali tu..pakcik George namanya.Dia adalah bapak kepada Matthew Bellamy si ketua kumpulan MUSE.Pakcik George dulu ada band..nama dia The Tornados..pakcik George main rhythm guitar..Band ni adalah band british pertama layan kedudukan "United States number one song" kat US dengan lagu diorang..telstar.
Tu tahun 1962 dulu lah.
Sekarang,si anaknya dan rakan-rakan sekolej pula mengganas dengan kumpulan MUSE.Aku start layan kumpulan ni dalam tahun 2004.Kira-kira 10 tahun selepas penubuhan band ni.Agak obses.Sebab MUSE ni bagi aku menghasilkan muzik berkualiti tinggi,standard persembahan live yang 'mak-datuk-stamina-macam-jin-tanah',skill goreng gitar yang power siap cukup dengan rempah-rempah,main piano pun buleh,lagu yang mengena,bertenaga,sedap,melekat dalam kepala,penuh dengan 'percubaan-percubaan berani' si Matt tuh bermain alat muzik(mamat ni diletakkan dalam list antara gitaris terbaik dunia) dan senang cita,kalau ikut selera aku,memang dah ngam.Nak tgk MUSE ni beraksi,kena tgk LIVE,baru sedap.Sebab diorang memang power bila live.Tgk dalam youtube sudah konsert diorang.Ada akai ka nak follow konsert diorang satu dunia.Duit ada rm4 billion buleh la buat camtu.University kat tmpat diorang dah bagi PHD dah kat diorang bertiga ni atas kecemerlangan diorang dalam muzik.
Video klip di atas tu,adalah vklip yang aku suka.Best lagu butterflies & hurricanes tu.Bila dengar lagu tu terus rasa bersemangat.Rasa macam nak makan nasi.Rasa macam nak lompat-lompat.Tak da rasa nak tido.Kalau lagu ni diorang cipta masa aku kayuh beskal gi sekolah dulu,mesti aku kayuh laju-laju sebab bersemangat.
Jamil...hentikan merepek.
Kalau nak tengok lebih-lebih,cari lah sendiri.Tgk Matt main gitar,aku rasa macam nak main gitar plak walaupun pegang gitar pun bersepah.Main apatah lagi.Langsung tak reti.
Fakta menarik:Aku tgh 'high'..seronok juga membebel masa 'high'. Ngantuk weh!
Kidal. Omnivor yang cenderung ke arah Karnivor. Berpengalaman hidup di Bumi selama 35 tahun. Bermata coklat. Suka bernafas. Penagih oksigen tegar sejak dari lahir. Mempunyai kebolehan untuk berlari setempat. Gemar makan beras rebus a.k.a nasik. Bijak dan pintar menggunakan jari-jemari dalam acara makan nasik. Bengap jika disuruh menggunakan chopstick. Pemegang kad ATM CIMB. Keluar air mata bila kumur Listerine. Mudah terasa geli peha bila berada di tempat yang tinggi. Pakar menghasilkan Karbon Dioksida dengan menggunakan paru-paru. Pembenci tegar asap rokok. Kalau nak kena tampar laju-laju,sila isap rokok sebelah aku.