Tuesday, June 2, 2009

Genting Hailen

Lokasi: Malaysia
Tahun: 1999 (Form 3)

"Ok semua....berbariss...jgn rebut-rebut! " jerit warden aku.Asrama aku buat lawatan ke KL,Melaka dan Genting Hailen.Peh..seronok jgn cakap.Ada 2 buah bas ekspress semuanya.Aku masuk dalam bas pertama.Bas yang baru,cantik tapi tak pasang tv.Cam jebon. Bas kedua buruk,lama tapi pasang tv.Serius aku jeles.

Bas mula bergerak.Aku dah rasa macam nak lompat-lompat.Seronok dia lain macam.Macam ungka.

Masa dalam bas,aku da bayang macam-macam.Tersengih sorang-sorang.Akhirnya aku tiba di KL keesokan paginya.Seronok bukan main.Ye lah..setahun sekali pegi jalan jauh-jauh.Lepas KL,kami pergi ke Melaka.Seronok bukan main.Bergambar ala bintang filem kat Melaka dengan stail pakaian ala-ala backstreet boys.Rambut kena belah tengah.Gambar kena lawa.Balik rombongan kang mesti kakak angkat mintak.Dipikirkan balik memang macam badut.

Setelah pegi KL ngan Melaka.akhirnya tiba saat yang aku paling tunggu.

Genting Hailen!

Dalam bas lagi,otak aku da terbayang-bayang nak main roller coaster..siap bayang macam mana aku jerit bila naik menda tu.Lagi haru kami siap booking nak duduk sebelah sapa atas roller coaster tu.Gila gigih.Kemudian sengih sorang-sorang.

Akhirnya bas tiba di genting Hailen.Selepas berkumpul,kami menyerbu ke taman tema.




















"Wooooooooooo!!!!!!" jerit aku gayat menaiki roller coaster...


Jerit di dalam hati ketika bas menuruni Genting Hailen.Aku bayangkan bas yang sedang menuruni bukit tersebut sebagai Roller Coaster.Sambil terbayang-bayang papan tanda depan pintu masuk taman tema tadi.

"Taman Tema Ditutup"

Ditutup sebab cuaca buruk.