Lokasi: Depan Rumah
Tahun: 1990 ... darjah 1
Petang tu aku berlumba dengan abg aku....aku naik beskal..
abg aku lak naik motor kapcai dengan adik aku...kami mula
depan rumah sampai ke jalan besar dan patah balik semula
ke rumah...
Abang sulung aku lak dalam perjalanan dari KL..dijangkakan
akan sampai tak lama lagi....jadi untuk isi masa lapang itu
le aktiviti yang aku dan abg aku buat petang tu...dalam
kepala aku mesti abg sulung aku beli macam-macam...gula-gula
dari KL..kereta kontrol ka...tak pun bawak balik adik pompuan
membe dia ke....peh...da lama betul abg sulung aku x balik kampung...
Tengah sedap berlumba...abg ngan adik aku buat dajal...diorang
pecut laju-laju pastu buat-buat nak langgar aku...aku yang
tengah terkejut besar masa tu brek secara mengejut....dan
kami hampir berlanggar...abg dan adik aku gelak gila babi
punya kat aku......aku yang tensen masa tu membuat keputusan
yang drastik untuk melepaskan perasaan....iaitu.....aku menangis..
Aku masuk ke dalam rumah sambil menangis...dan terus baring
dalam bilik.....tiba-tiba aku terlelap...
Aku tersedar bila ada orang usap-usap kepala aku...aku buka
mata sket...tgk-tgk abg sulung aku da sampai rupanya..dia sedang
usap kepala aku...sambil tu aku dengar mak aku melaporkan kepada
abang aku apa yang terjadi petang tadi....
Aku yang bersemangat gila nak bangun sambil lompat-lompat
tadi terus buat-buat tak sedarkan diri sambil berusaha mengeluarkan
air mata ...biar nampak dramatik sket.....
Lakonan aku memang selalu menjadi.....
Isteri tidur mati, suami benar benar mati?
3 weeks ago

