Lokasi: Sek Men
Masa: 1999 (Tingkatan 3)
Sekolah aku menganjurkan hari keusahawanan untuk para pelajar selama 3 hari.Pada hari tersebut pelajar boleh buka gerai jualan masing-masing di padang yang disediakan.Syaratnya mestilah kena daftar dengan pihak sekolah dulu.
Maka berduyun-duyunlah pelajar pegi mendaftar.Di antara mereka yang mendaftar ialah Mat Amin.Mat amin ni muka dia macam Harry Potter.Anak orang kaya.Pakai spek.Kan aku dah cakap..macam Harry Potter.
Maka tibalah hari yang dinanti-nantikan.Semua pelajar yang mendaftar buka kedai masing-masing.Ada yang jual bege...cenderahati....tshirt dan pelbagai menda lagi.Memang bagus aktiviti camni...boleh pupuk semangat setiakawan dan sifat berdikari serta peluang mendalami ilmu perniagaan.
Gerai-gerai dikunjungi ramai....ada yang belanja makwe...ada yang baru nak mengejas makwe....ada yang dok hadiahkan cenderahati kepada secret admire.....jeling menjeling sana sini....peh..macam-macam situasi boleh dilihat.Aku?....toksah cakap la..berapa banyak hadiah aku dapat dari secret admire.....sampai kena bawak pembantu tolong angkat hadiah.
Di satu sudut..kelihatan Mat Amin tersenyum puas....gerai makannya dikunjungi ramai.Memang ramai gila.Yang tukang masak punya meriah.Sambil masak sambil bercerita.Tukang amik order lancar ja melilau sana-sini suruh orang masuk makan.Siap meja kerusi.Peh.....memang habis lengkap la kedai beliau.Masakan semua bukan cincai-cincai.Nasi goreng USA....ayam masak merah....berbanding kedai lain yang jual masakan cincai-cincai ja....ala......student..apa tau sangat kan?....Aku tgk semua pekerja beliau bukan macam budak-budak sekolah.Peh..matang betul membe-membe Mat Amin ni.
Ya,pada hari tu kedai Mat Amin yang paling tip-top.Kedai-kedai lain boleh tgk ja kehebatan diorang.
Besoknya..hari kedua.....kedai Mat Amin tidak lagi kelihatan......
Diceritakan bahawa kedai Mat Amin dibatalkan kerana dia import peniaga pasar malam berniaga.Memang gampang.Patut la servis dia tip top..makan sedap dan pekerja kat kedai tu dah macam bapak budak.
Mat Aminnnn......Mat Aminnnnnnnn......
Isteri tidur mati, suami benar benar mati?
2 weeks ago

