Thursday, September 19, 2019

Setelah 10 Tahun

19/09/19

Wow....kacak betul tarikh hari ni.

Entry yang sama 10 tahun lepas.

Thursday, September 12, 2019

Indonesia in a nutshell

Indonesia ni, kalau bab makanan, pakaian, seni, lagu atau apa-apa bentuk kebudayaan, lajuuuuu je dia nak claim itu yang dia punya dari Malaysia.

Tapi kalau bab jerebu, mencicit dia tak nak claim kata dia yang punya.  Data menunjukkan titik panas di Kalimantan (474) dan Sumatera (387) manakala Sarawak (7).

Dia selamba boleh cakap jerebu di Malaysia berpunca dari Sarawak. Bukan Indonesia.

Tengok bola di stadium pun tak pandai. Tengok data kebakaran hutan pun tak pandai.








Babi guling.

Wednesday, September 11, 2019

Sambung Belajar

Anak buah aku ada yang baru sambung Ijazah. Ada yang baru masuk Matriklulasi. Ada juga yang dah nak habis belajar dan ada juga yang baru habis belajar.

Hati aku berdebar-debar melihat anak buah aku keluar masuk Universiti dan IPT lain. Feeling nak belajar tu dah datang semula rasanya. Jadi aku buka laju-laju portal segala universiti yang best kat Malaysia ni.

Sepatutnya sekarang ni aku dah sibuk baca benda penting seperti perincian kursus yang ditawarkan, jam kredit, yuran  pengajian, nak pilih course-work ke atau research dan lain-lain maklumat.










Jadi, persoalannya sekarang ni, dah kenapa pulak aku dok leka baca pasal ladang rusa di UUM ni?

Oh, rusa yang dia ada adalah dari jenis Timorenis dan Samba.


Saturday, February 9, 2019

Proton X70

"Nampak lawa. Warna merah dia, geram betul aku tengok." ujar Zahrin sambil ketap-ketap bibir.
"Dia punya cermin pun, jenis main suruh je. Terus dia buka. Tak payah tekan butang dah" Razali turut menambah.

"Itulah, nak main lagu pun, main suruh macam tu je. Aku rasa, aku nak beli satu lah Jali Proton X70 tu" Zahrin dan mula geram. Pamplet Proton X70 yang dilihatnya semalam betul-betul membuatkan Zahrin geram. 
"Beb, sabar dulu. Kereta macam tu mana sesuai dengan kita." Razali mula menenangkan rakan baiknya.

"Eh, harga dia bagus kot. Aku mampu je nak beli. Lagipun perniagaan kita maju. Aku boleh je beli dengan tunai dua tiga buah. Apa masalahnya?" Zahrin mula menyoal Razali, sahabat sejati beliau juga merangkap rakan kongsi perniagaan.
"Zahrin, benda-benda yang kau minat dalam Proton X70 tu, guna suara. Celah-celah mana kau nak bagi arahan suara dekat Proton X70 tu? Kita kan bisu." balas Razali dengan bahasa isyarat bertubi-tubi. 







Kamal Asyraf menghirup kopi mahal yang dipesannya dengan penuh nikmat. Suasana kafe yang eksklusif dipenuhi dengan wanita cantik, langsung tidak dipedulikannya. Beliau lebih berminat untuk ingin tahu apa yang sedang rancak dibualkan oleh dua orang jejaka di meja di hadapannya. 

Tangan mereka laju betul memberikan bahasa isyarat antara satu sama lain. Siap ada buat gaya rimau lagi.


Kamal 'kurius'.