Wednesday, January 6, 2010

Serbuk Cabai

Lokasi: Kampung
Tahun: 1992

Aku kayuh beskal laju-laju.Kat kanan handle basikal aku ada satu plastik warna merah.Dalam plastik tu ada kargo berharga.Ya,kargo yang berupa tiga bungkus plastik bihun PAMA.

Bihun PAMA ni sedap bukan main.Sedap dia sampai boleh tersebut 'yarabbi' masa makan.Punya la sedap.Kuah dia pun memang tip-top.Sedap.Ketagih.Nak jugak aku cadangkan kepada peminum arak kat luar sana tu,supaya minum je kuah bihun PAMA ni.Lagi pekdah.

Berbalik kepada situasi aku yang tengah laju mengayuh tadi.Kayuhan aku adalah yang paling laju dalam kampung.Tiap-tiap petang ada jugak sesi berentap.Selalu aku menang.Dari jalan besar,aku belok ke arah rumah aku.Lalu bawah pokok sawa,jalan berbatu sikit tapi aku kayuh jugak laju-laju.Debu-debu berterbangan.Kalau dilihat dari jauh,dah macam acara Rally dah.

Sampai kat rumah,aku bergegas ke dapur.Akak aku dah ready air panas.Petang-petang yang tenang camtu memang sedap pekena PAMA.Tambah pulak masa burung berkicau,hulamak,rasa nikmat dia macam nak menangis.

Selesai ambik mangkuk,aku ngan akak serta adik pompuan aku mula buka bungkusan masing-masing.Ni jenis tak masak,rendam air panas je.Lagi sedap cara ni bagi aku.

"Haa...jom kita main game.Letak serbuk cabai sampai habis,lepas tu jangan minum air.Kita tengok sapa yang tahan paling lama." akak aku bagi cadangan yang langsung tak bernas.Demi menjadi adik yang baik,aku pun layan je lah game tu.Apadahal la sangat setakat serbuk cabai tu.

Bihun dah kembang.Aku buka serbuk cabai dan tuang sampai habis depan akak aku.Adik pompuan aku terkecuali sebab dia kecik lagi.Aku ngan akak aku makan dengan berselera.Lepas makan akak aku kemas-kemas bekas makan tadi dan letak kat sinki.Dia pandang aku,aku pandang dia.Tengok sapa yang dapat bertahan.Cuba teka sapa yang menang?






Dua-dua terus minum air bila kena marah dengan mak aku.Aku minum air sebab penat kayuh beskal.Bukan sebab pedas.

Betul.

Tak tipu.