Wednesday, June 10, 2009

Hapacrita Cerekarama 5

Engku Tamrin mula rasa hampa.Penat-penat dia tempah baju khas untuk penyamaran.Tapi sorang pun tak amik peduli.Memang hampa gila.Dah 3 hari dia menyamar.Sorang pun tak tegur dia dengan ikhlas.Awek-awek apatah lagi.Ramai yang jauhkan diri bila nampak beliau.

Engku Tamrin pergi ke keretanya.Beliau mahu pulang kerana sudah 'givap'.

Setelah memandu selama 4 jam,beliau pun sampai di rumahnya.Beliau adalah anak orang berada.Keturunan raja-raja.Kepulangannya disambut dengan penuh meriah oleh pekerja di rumahnya.Namun itu semua tidak dapat menceriakan Engku Tamrin.

Setelah meletakkan kereta,Engku Tamrin disambut mesra oleh ayahandanya, Engku Abdullah Engku Imran.Engku Abdullah dapat melihat kemurungan Engku Tamrin dengan jelas.Diajaknya Engku Tamrin masuk kedalam.Bonda Tamrin sudah lama tiada.Meninggal ketika beliau masih bersekolah.

Ketika di dalam rumah,sambil minum-minum Engku Abdullah pun menyoal Engku Tamrin.

"Anakanda...bagaimanakah penyamaran anakanda?..Berjaya? "
"Tak berjaya ayahanda....seorang pun tidak pedulikan anakanda..." jawab Engku Imran.

Engku Abdullah termenung seketika.Hairan betul.Apa menda yang menyebabkan orang tidak pedulikan Engku Tamrin?Anaknya itu sangat kacak.Memang mustahil.

"Anakanda menyamar sebagai apa?" Soal Engku Abdullah dengan penuh 'kuries'.













"Anakanda menyamar sebagai pokok....penat anakanda tempah kostum pokok tu mahal-mahal.." jawab Engku Tamrin dengan tenang sambil mengunyah peha ayam panggang yang baru dihidangkan sebentar tadi oleh pembantu rumahnya.



KLEPEK !!!!!! seketul ayam panggang yang dilempar laju oleh Engku Abdullah tepat mengenai kepala Engku Tamrin.

"Wai deddy?...waiiiiii?.." jerit Engku Tamrin sambil buat-buat aksi gedik....












"Engkau cakap engkau nak menyamar di kawasan desa...nak cari jodoh...menyamar la jadi petani ke...pekedai runcit ka...penoreh ka...yang kamu pegi jadi pokok tu kenaapaaaaaaaaa???......kenapaaaaaaaaa setannnnnnnnn?.....kamu nak bagi cucu pokok kat ayahanda? Ha?.." marah Engku Abdullah sambil pegang seketul lagi ayam panggang...bersedia untuk dilemparkan kepada Engku Tamrin yang tergedik-gedik cuba melarikan diri...




"Childish betul.." ujar Mak Kiah....pembantu rumah yang memerhatikan kejadian tersebut sambil geleng-geleng kepala...