Cuaca pada hari tersebut sangat tenang. Langit terang benderang. Tiada sebarang awan. Panas betul. Bila cuaca panas macam ni, akal aku memang panjang sikit. Masa zaman budak-budak dulu,cuaca macam ni la sedap nak merayau dalam hutan, kayuh basikal laju-laju, merayau dalam kawasan sekolah dan aktiviti paling agung sekali adalah mandi sungai.
Aku hanya mampu tersenyum mengenangkan kembali kenangan berenang di dalam sungai.
Aku masuk ke dalam rumah, buka peti ais, nampak ada buah anggur. Buah anggur yang tak sempat dimakan sebab beli banyak sangat. Ada anggur yang besar. Ada anggur yg kecil-kecil comel saiznya. Akal aku mula bercabang. Aku pegi ke rak kabinet, selongkar cari loyang buat kek.
Setelah jumpa, aku tersenyum sendiri.
Aku buka semula peti ais, ambil anggur tadi, basuh bersih-bersih. Dah bersih, aku keringkan dan letak dalam loyang tadi. Aku ambil penutup berupa seperti tudung saji berjaring dan tutup atas loyang tadi. Setelah tutup dengan kemas, aku ke luar rumah dan jemur di luar pagar. Bagi kena cahaya matahari. Ya, aku bercadang nak buat kismis sendiri.
Setelah beberapa hari di bawah panas terik, kismis aku akhirnya siap. Menggunakan PS, aku tak perlu risau habuk kotoran melekat, tak perlu risau tahi burung, tak perlu risau semut datang hurung dan pelbagai ancaman lain seperti anjing datang menjilat.



0 comments:
Post a Comment