Tuesday, July 3, 2012

Sepetang Di IKEA

Hari sudah petang.Semut di lantai berkicau riang.Aku berjalan-jalan dengan tenang.Kalau tak kerana bawa orang,takda keja aku nak datang bersesak-sesak di IKEA.Sampai di satu bahagian,aku ternampak ada cermin yang sangat jelas pantulannya.Aku berminat.Aku menghampiri cermin tersebut dengan harapan muka aku akan muncul di dalam cermin.

Bila tiba di hadapan cermin tersebut,tiba-tiba,muncul wajah seorang gadis.Gadis tadi sedang sibuk membelek tilam di sebelahnya.

Itu bukan cermin.Itu adalah lubang di dinding yang tembus ke sebelah sana.

Benci.



---------------------------------------------



Hari sudah petang.Semut di lantai berkicau riang.Aku berjalan-jalan dengan tenang.Kalau tak kerana bawa orang,takda keja aku nak datang bersesak-sesak di IKEA.Sampai di satu bahagian,aku penat.Aku ambil keputusan untuk duduk di atas katil yang disediakan.Empuk.

Sedang duduk dengan penuh tertib,tiba-tiba ada seorang gadis lalu di hadapan aku,dan,terus duduk di atas katil.Katil tersebut terletak di hadapan aku.

"Eh eh..empuknyaa..." ujar gadis tadi sambil duduk lompat duduk lompat di atas katil tadi.

Katil tadi bergoyang-goyang.'Organ tergantung' gadis tadi juga bergoyang-goyang.

Benci.



Monday, July 2, 2012

Down With The Trumpets


Petang-petang yang syahdu macam ni,kena kasi cergas.Mari kita berterompet sikit.

Ewaahhhhhh!

PS 18

Setelah 2 tahun 8 bulan bersama,odometer PS akhirnya mencecah 100k.

Warranty pun tinggal lagi 75k je lagi.Dah tak banyak dah.





Sekejap sungguh rasanya.


Thursday, June 28, 2012

Jamil dan Jastin Biber

Jastin Biber,seperti yang diketahui,memang menjadi kegilaan terutama kepada gadis2 muda.Jastin Biber ni,bagi aku,macam Tomok jugak.Jenis muncul dengan imej budak-budak suara sengau,kemudian bertukar jadi "Matang".

Kini,Jastin berjaya menarik perhatian aku dengan lagunya "Die In Your Arms."

Memandangkan lagu ni adalah berdasarkan lagu Maikel Jeksen "We've got a good thing going",namun team Jastin Biber datang dengan lirik dan rentak baru sikit.

Jadi,senang cerita,aku boleh melayan lagu Jastin Biber yang satu ni.Layan siot kalau bawak kereta petang-petang sambil daun berguguran.Peh.Mood gedik?

Nak dengar? Klik ke tajuk lagu kat atas tu.Aku dah siap link dah.







Bye.


Thursday, June 21, 2012

Maklumbalas untuk iklan kerja kosong

Assalamualaikum,

Minggu lepas,aku ada post pasal kerja kosong di SINI.

Pertama-tama sekali,terima kasih banyak-banyak kepada yang menghantar resume kepada aku.Disebabkan aku terima berpuluh-puluh resume,maka,ambil masa sikit untuk diuruskan.Ye lah,ada form yang perlu diisi untuk hantar resume korang tu.

So,aku dah siap kategorikan resume korang,dan,akan dihantar hari ini kepada HR.Ambil masa bukan apa,sebab ada yang hantar,tak cakap nak jawatan apa.So,terpaksa la aku cari jawatan yang sesuai untuk kome.Jadi,kepada yang nak hantar resume lepas ni,sila letak jawatan yang hendak dipohon ya.Bukan apa,mudah sikit kerja,dan bila mudah kerja,resume korang dapat dihantar dengan hensem.

Ingat,aku hanya cuma tolong hantar,pihak HR akan buat tapisan. Ok? =)

Jadi,selepas 2 minggu dari hari ini kalau korang tak dapat apa-apa panggilan,anggaplah anda belum ada rezeki lagi.Aku cuba tolong apa yang aku mampu ok? =)

Jadi,banyak-banyakkan berdoa,dan,kalau dapat panggilan untuk interview dari syarikat yang aku dah reply dalam email korang tu,buat yang terbaik ye? Jangan dok buat loqlaq pulak.Buat malu aku je karang.Hahaha.

Ha,ada lagi beberapa resume yang masuk dalam email aku.

Nak download kejap.

(^_-)v <- bajet comel.Menyampah!


Tuesday, June 19, 2012

Benda-Benda Yang Indah.


Awal pagi,sebelum mula kerja,aku akan pasang lagu MUSE untuk bagi semangat.Tapi tadi,aku terjumpa dengan lagu ni.Ini versi perempuan,nak dengar versi lelaki (Matt Cardle),boleh klik di SINI.

Fuh,Roberta Flack,hang betui-betui buat ceq rasa terawang-awangan lah!

Rasa macam kena dodoi dengan mak masa dalam buai dulu-dulu...




Comel.