Monday, May 28, 2012

Hari Konvo dan Makcik Selamba

Sabtu lepas,aku pegi Institut Perguruan dekat Bangsar sebab ada satu kejadian yang dipanggil kejadian Hari Konvokesyen.

Aku lepak di kantin sementara bini aku tengah seronok pakai jubah amik skroll kat dalam dewan.Aku biarkan bini aku,mak dan ayahnya di dalam dewan.Aku lepak di kantin sorang-sorang dengan mata rabak.Mengantuk pun ada.Siang kerja,malam kerja.Entah bila nak merasa duduk atas kerusi lunjur kaki,muka senyum-senyum tengok dalam bank ada banyak duit.

Jadi,tengah sedap melayan lepak di kantin,aku pandang-pandang sekeliling.Ramai jugak yang datang.

Tengah sedap-sedap pandang,aku terpandang kepada seorang makcik.

Makcik tadi bersandar dengan tenang di atas kerusi kantin.

Tiba-tiba,makcik tadi angkat sebelah tangan ke atas.Aku jadi hairan,apa yang makcik tersebut cuba lakukan.

Tangan beliau yang diangkat tadi,dilipat ke belakang.

Aku cemas.

Sebelah tangan beliau lagi,pegang bra.



Tarik tarik tarik....ejas ejas ejas.
Tarik tarik tarik....ejas ejas ejas.
Tarik tarik tarik....ejas ejas ejas.






Tarik tarik tarik....ejas ejas ejas.







Nasib baik makcik-makcik.

Kalau Neelofa?


Friday, May 25, 2012

Semalam Yang Hangat 32

Semalam,dalam jam 4 petang lebih,genap umur aku yang ke-23.

*Batuk batuk batuk.

Ulang semula.

Semalam,dalam jam 4 petang lebih,genap umur aku yang ke-28.

Terima kasih mak sebab lahirkan den.

Terima kasih bapak sebab....ehem ehem...err...hehehe....cari nafkah untuk besarkan aku.







Aku tak tahu berapa tahun dari umur 28 aku yang dihabiskan untuk tidur.Aku juga tak tahu berapa lama dihabiskan untuk bermain.

Yang pasti,dah 28 tahun aku jadi hensem. *Blushing.

Wednesday, May 23, 2012

Jamil dan Ustazah

"Kalau sesiapa pakai seluar pendek dedah aurat dari atas lutut,di akhirat nanti,tuhan ambil besi panas,cucuk dari paha kiri,tembus paha kanan." ujar ustazah aku dengan penuh berhemah.Masa tu,tahun 1989.Aku berumur 5 tahun.Mata aku berkelip-kelip.

Sejak dari hari tersebut,aku langsung tak pakai seluar pendek.Semuanya pakai seluar panjang kalau nak ke mana-mana pun.Jaga habis.






Sekarang?

Selamba je aku pakai bikini.


Tuesday, May 22, 2012

Selamat Menyambut Bulan Rejab

Ramai yang akan berpuasa memandangkan ini adalah hari pertama di bulan Rejab.Ada pulak yang mengatakan puasa bulan rejab ni datang dari sumber yang da'if dan sebagainya.

Pada pendapat aku,puasa la dengan ikhlas.Pasal ganjaran yang korang google kat tenet atau hasil dari pertanyaan kepada memana ustaz atau ustazah tu,tak payah la nak berkira sangat.Letak ke tepi dulu.Tu semua urusan tuhan yang maha adil.Ye dok?

Selamat berpuasa. (^_-)


Monday, May 21, 2012

Leman Kasturi dan Rakan-rakan.

Muka Leman berpeluh-peluh walaupun embun dingin pagi menderu-deru di mukanya.Namun,riak muka dan dengupan jantungnya masih dikira tenang.

Kenderaan yang dinaikinya menuju laju ke suatu destinasi.Perancangan licik yang beliau lakukan bersama 2 orang lagi rakannya sejak dari minggu lepas,mestilah dilaksanakan dengan jayanya.Hasil kajian mereka,pada hari tersebut,hasil dalam mesin ATM adalah paling maksimum.Duit baru diisi lah katakan.Kalau tak berjaya,banyak jugak kos pelaburan yang akan lebur.Kos paling banyak adalah kos membeli teh tarik dan cucur udang ketika mesyuarat mereka berlangsung sebanyak 5 kali.Semuanya duit poket Leman.

Akhirnya,mereka tiba di destinasi. Kenderaan pacuan 4 roda berhenti dengan mengejut.Leman melompat keluar.Setelah mendarat dengan tak berapa cantik,Leman dengan pantas mengumpil pintu kaca di hadapannya.Setelah pintu terbuka,tanpa membuang masa,Leman Kasturi terus mengikat mesin ATM di hadapannya dengan menggunakan rantai yang diikat pada kenderaan pacuan 4 roda yang dinaikinya sebentar tadi.

Setelah berpuas hati,dengan kepala dilitupi dengan kain untuk melindungi muka dari CCTV bank,Leman Kasturi berlari semula ke dalam kenderaan pacuan 4 roda tadi.Tanpa membuang masa,dengan mudah,mesin ATM tadi ditarik keluar.Ketiga-tiga mereka bersusah payah mengangkat mesin ATM tadi ke atas kenderaan pacuan empat roda tadi.Dah selesai angkat,mereka menutupnya dengan kain penutup.

Selesai.

Mereka berlalu pergi dengan pantas sambil diiringi dengan bunyi penggera kecemasan bank yang berbunyi merdu.Setelah beberapa lama memandu di kawasan jalan lama,mereka akhirnya tiba di 'port' selamat mereka.

Muka masing-masing penuh girang.

"Pakai sarung tangan,klorok ada dalam kereta,bawa turun sekali.Nanti boleh cuci kesan cap jari kat mesin ATM ni." arah Leman Kasturi kepada rakan-rakan dengan penuh intelek,hasil dari menonton rancangan CSI di kaca TV.Leman Kasturi dah pegang mesin pemotong.Mukanya berseri-seri membayangkan kekayaan yang bakal dinikmatinya sebentar lagi.

"Eh,kertas pink apajadah ni?" soal Leman Kasturi ketika hendak memotong mesin ATM tersebut.













"Betul encik polis,I print comel-comel 'Harap maaf,mesin ini sedang dalam penyelenggaraan' tawww.Mesin tu buat hal,pihak bank nak masukkan duit dalam mesin tu pun tak boleh petang tadi.Terpaksa kensel.I pun hairan taww kenapa perompak tu tak perasan.Bodoh karrnnn? I print besar-besar taww notis tu.Kertas warna pink lagi youuu.Eiiii....tak faham betul I.I dah ada dua masalah besar hari ni.Apa la I nak menjawab nanti dengan pihak atasan.Gewwwamnnyeeeewwww...." bebel Mokhtar Kamaruddin,seorang pengurus bank cawangan dengan penuh getis di hadapan pihak polis setelah tiba di tempat kejadian.

"Boleh tahan bodoh jugak perompak ni buat kerja." balas anggota polis tadi bersahaja.








Nun jauh di sana,Leman Kasturi tersedak sampai keluar air mata.


Sunday, May 20, 2012

Mencuri Getah Sekerap



"Sedap makan getah sekerap bang?"

Ha,mencuri lah lagi.