Friday, April 1, 2011
Semalam Yang Hangat 26
Tuesday, March 29, 2011
Jamil dan Koleksi Miniatur Kesayangannya.
Tahun: 2000
Peluh mula mengalir di dahi.Tangan tekun mengorek-ngorek pasir di halaman rumah.Panas bukan main.Namun,sebab spirit yang kental dan awesome habis,semua perasaan tu aku letak tepi.Dah siap ambil pasir,aku bergegas ke dapur.Nampaknya,air yang aku jerang tadi dah masak.
Aku ambil air panas tadi,aku siram dalam bekas pasir dengan penuh kasih sayang seperti mana seorang ibu yang sedang memandikan bayinya.Tujuanya,aku nak 'steril' pasir tu dari sebarang kotoran degil dan tak degil.
Dah rendam pasir tu dalam air panas,aku bilas dengan air sejuk beberapa kali sampai nampak bersih butir pasirnya.Bila tengok pasir tu halus yarabbi,teringin jugak nak simpan sikit untuk buat tayammum.Tapi,memandangkan SmallVille ada stok air bersih yang banyak,aku batalkan hasrat tersebut.
Selesai bilas pasir tadi,aku pegi jemur pulak di laman sampai kering.Bila pasir dah kering,terus pasir tadi jadi gebu.Kalah pasir kat pantai Sandy Beach di Langkawi.Lembut macam bedak pun ada aku rasa.Aku bangga dengan hasil pasir sebentar tadi.
Pasir dah siap.Aku letak pasir tadi dalam bekas tin coklat yang leper tu.Ala,bekas coklat yang selalu jual kat pasaraya tu lah.Jenis tinggi 2 inci,panjang 8 inci dan lebar 5 inci.Dah letak pasir dalam bekas tu,aku bentukkan pasir tadi mirip seperti padang pasir.Buat bukit sekali.Realistik habis.Nak lagi awesome,aku dengan gigih siap letak pokok kering untuk landskap.
Bila dah puas hati dengan semua deko tersebut,aku letakkan watak utama dalam landskap tadi.Watak utama tersebut merupakan sebuah model miniatur kereta kebal.Dekat 2 jam jugak aku pasang model kereta kebal tersebut.Dari kepingan-kepingan halus,terus bertukar kepada sebuah kereta kebal yang hensem.Nak lagi badabom,dalam model tersebut siap ada motor dan bateri.Maknanya,model tersebut juga boleh bergerak.
Awesome.
Aku menikmati miniatur kereta kebal yang aku buat tadi dengan penuh terharu.Memang realistik habis lah.Muka puas.Ok,bagi yang masih blur apa itu miniatur kereta kebal,boleh KLIK DI SINI dan juga DI SINI untuk contoh rujukan.
Jadi,setelah puas bermain,aku letak miniatur aku tadi di atas almari dalam bilik aku.Posing baekkk punya.Aku tak boleh lama-lama.Hari dah nak petang.Aku kena berkemas dan balik ke asrama semula.Kalau lambat bergerak,nanti awek-awek asrama sekolah lain kat stesen bas Smallville semua akan hilang.Aku bukan apa,cuma,aku tak suka mengecewakan mereka.Bukan senang mereka semua nak nampak mamalia kacak macam aku selalu.Kan?
Jadi,setelah muah muah pada model miniatur,salam mak bapak,aku terus ke asrama dengan bas.Pintu bilik aku kunci kemas-kemas dan kunci bilik pulak,aku bawak ke asrama.Risau adik aku masuk bilik.Kang habis rosak miniatur aku.
Aku letak beg.Aku hampiri miniatur aku sambil tersenyum.
Namun,senyuman aku tidak lama.
Kelihatan taik kucing yang sudah kering tersemat kemas di dalam pasir gebu miniatur aku.Aku pandang tingkap,nampaknya ada kesan bukaan sedikit.Serta-merta aku terus terbayang betapa nikmatnya kucing tersebut melepas dalam pasir super gebu yang aku khaskan untuk miniatur aku.
Madafaka.
Friday, March 25, 2011
Brad Pitt dalam "Sleepers"
Tuesday, March 22, 2011
Sesi Senaman Minda
Menyesal
Monday, March 21, 2011
Kesibukan Jamil yang awesome.
Bila aku sampai di rumah,aku selalu buka pintu dapur,dan tengok tanah kat belakang rumah aku.Pokok serai dah mengembang biak.Hampir jadi serumpun.Pokok kunyit subur.Pokok Kesum pun bukan main lagi membiak.Ini semua tidak lain tidak bukan sebab cuaca yang kerap hujan.
Syukur.
Yang tak berapa nak sedapnya,rumput dan pokok menjalar semua tumpang sekaki.Semak habis dibuatnya.Sebelum ni,belakang rumah aku dah macam taman,sekarang dah bertukar jadi taman negara.Semak habis.
Disebabkan aku kerja non stop sampai weekend pun kerja jugak kadang-kadang,jadi,aku hanya sempat cover tanah kat depan rumah aku ja.Balik kerja,kalau nampak rumput yang dah tinggi,aku cabut dengan tangan.Tanah belakang rumah? Memang tak sempat.
Jumaat lepas mak dengan bapak aku datang tido kat rumah.Aku dah cemas mengenangkan belakang rumah yang agak semak.Jadi,perancangan aku,awal pagi sabtu tu,aku dengan pantas akan tebas segala rumput-rumput nakal yang tumbuh meliar.
Pagi sabtu tiba akhirnya.Lepas subuh,aku bantai tido.Apa gila nak menebas gelap-gelap.Nak rajin pun kena bertempat jugak.Tak boleh nak gigih sangat,nanti nampak 'pulun sangat' orang kata.
Setelah melelapkan mata dengan sukatan yang mencukupi,aku terjaga.Misi harus diteruskan walaupun badan rasa penat yarabbi.Jadi,selepas cuci muka comel-comel dalam bilik air,aku bergegas turun untuk menyelesaikan dendam kesumat dengan rumput dan semak-samun di belakang rumah.
Tiba di dapur,aku buka pintu belakang.
Terkesima.
Kelihatan semak-samun yang subur sebelum ini sudah hilang.Yang kelihatan hanya tanah merah yang cerah dari sebarang tumbuh-tumbuhan.Semut yang berkeliaran atas tanah pun nampak rungsing sebab tak ada tempat untuk berlindung dan berteduh.Maklumlah,semut tak ada payung stylo macam geng-geng gothic kat Time Square.
"Mak tolong cangkulkan pagi tadi...." ujar mak aku bersahaja dari ruang tamu.
Menambahkan lagi keterkesimaan aku,mak aku siap tanam pokok kunyit sebaris panjang.Lepas tanam pokok kunyit,beliau tanam pulak pokok serai.Baeeek punya finishing.Macam nak perli pun ada.Pokok serai dan kunyit tu,boleh dikatakan simbolik kepada tanda "mom was here!".
Mengikut akal logik aku,kalau tanah lebih kurang 17.5 meter persegi belakang rumah pun tak terjaga,macam mana nak wariskan tanah yang berekar-ekar yang jauh dari rumah kepada aku?
Disebabkan dah tak tahu nak letak kat mana muka ni,aku cabut perlahan-lahan muka aku.Dah siap cabut,aku letak dalam mangkuk tandas.
Dengan tabah,aku flush laju-laju.
Thursday, March 17, 2011
Tuesday, March 15, 2011
Cerita Ombak,cuaca dan Nasi Lemak 50 sen
Eddikted dengan The Sun's Gone Dim
Monday, March 14, 2011
Ismail Kalahari
Friday, March 11, 2011
Massive Earthquake in Japan / Gempa Bumi Di Jepun
Halim Komando dan Razali Besi
Mamat ni Memang A
Impian Teragung Jamil Yang Tidak Berjaya Ditunaikan.
Thursday, March 10, 2011
Status 15
Mercedes bapak Zarif Rashdan
Tuesday, March 8, 2011
Rempitan Maut Fatamorgana Asma
Monday, March 7, 2011
Petang Yang Tenang 11
Saturday, March 5, 2011
Kemunculan Semula Kriss Evo
Friday, March 4, 2011
Karim Hamzah
Kemunculan semula Selamah
Thursday, March 3, 2011
Pagi-pagi dah buat hal.
Wednesday, March 2, 2011
Temah Ligat
Tuesday, March 1, 2011
I jas Wandering....
Sahri dan Kamal
Iklan Coklat-Cokli
Monday, February 28, 2011
Pelan Kecemasan
Thursday, February 24, 2011
Pejam celik pejam celik,dah sebulan tak update.
Kecakkecukkacakacukkucekcekuk
Semalam Yang Hangat 25
Wednesday, February 23, 2011
Tuesday, February 22, 2011
Tragedi Ketika Menonton Wayang di IOI Mall Puchong
Hiburan di Pagi Hari.
Monday, February 21, 2011
Simon Pegg yang Bloody Gampang.
Saturday, February 19, 2011
Pagi Yang Hensem 24
Friday, February 18, 2011
Kashaf Imani
Thursday, February 17, 2011
Antara Jamil,Tom Cruise dan Top Gun
Cedera Parah
Wednesday, February 16, 2011
Sejarah penting 14hb Februari selain Valentine.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh leftenan adnan dan regimennya."
Sumber:SINI
Pada usia 27 tahun,maknanya sama dengan usia aku sekarang,arwah dah berjuang untuk negara.Emo tak emo la.Muda-muda lagi dah lawan jepun sampai mati.Bertahan sampai ke titisan darah terakhir orang kata.Kalau lawan fight dalam dota,aku selalu cakap 'fight till last sperm'.Memang beza macam langit dengan bumi.
Cakap banyak takda...meh kita sedekah al-fatihah untuk semua pahlawan dulu.
Al-fatihah.





