Saturday, February 12, 2011

Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 10

Sungai dah banyak berubah.Yang masih tak berubah,kesejukan dan kejernihan air.Awesome!

Pasangan adik-beradik keladi.

Bawah rimbunan buluh ni,serius banyak ikan.

Ah.Masa post menda ni,rasa nak balik mandi.

Ini yang dinamakan sungai belakang masjid.

Pokok beras dah berbuah.

Ha.Datang...datang.Jangan lupa bawak periuk.Boleh petik.

Berjalan di atas pokok tumbang merentas sungai.

Tergelincir!!!

Hiyah! Kuda-kuda kembali kukuh.Terselamat dari jatuh.

Layan blues habis!

Finishing balik kampung yang paling awesome! Sup Gearbox.

Thursday, February 10, 2011

Safee Sali

Dengar cerita,gaji Safee Sali cecah 89,170,075 sebulan.Jumlah tu,kalau dibahagikan dengan 30 hari dengan menggunakan kalkulator,maka jawapan yang diperolehi adalah 2,972,335.833 sehari.Jika tanpa menggunakan kalkulator,dan kiraan hanya dilakukan dengan menggunakan akal sahaja,dikhuatiri akal tersebut akan hilang.

Mungkin hanya Adi Putra sahaja yang mampu mencongaknya.Bukan.Bukan Adi Putra yang berlakon tu.Tu orang lain.Ish!

Nampaknya,dah main juta-juta dah gaji pemain Malaysia sekarang.

Serius.Tumpang bangga.

Steady lah!




Posisi Antena Paling Champion


Sementara tunggu Astro nak dapat dulu,macam ni lah gayanya antena rumah aku.

Posisi ni lah yang boleh dapat siaran paling clear.

(Geleng-geleng kepala)

Posting Bergambar - 5

Tenang macam minyak masak.

Bunga goyang hepi sungguh.

Kenderaan yang aku naik atas air ni,orang kata,nama dia feri.

Lobi resort.

Sebahagian tempat buffet.


Teluk depan resort.


Selipar kesayangan.

Kesian tengok ketam gali lubang.Tolong buat lubang untuk beliau.

Hahahahaha!

Itu kolam renang namanya.

Rasa nak buat tangga penuh air macam ni kat rumah.Senang sikit nak berwudhuk mahupun mandi wajib.

Traveller habis lah!

Ni guna gear satu,tapi dah cecah 90km/j.

Pintu depan resort.

Pakai main sebat.

Udang butter prawn,udang masak pedas,udang masak kunyit.Wohh..mengudang namanya.

Ini tisu namanya.Ini pun nak kena cakap?

Tempat pendaratan UFO rasanya.Rumit betul coraknya.

Teluk Dalam Resort.

Takda motif.


Hujan lebat sedang OTW.

Arwah dulu...baik sotongnya.

Topi aku ni memang periang.




Teluk Dalam Resort memang best!

Cuba lah.


Posting Bergambar - 4

Dalam masa kurang dari 4.5 saat,semua barang siap dipotong.Jangan jeles.

Masa nak masak,susun berseni bagai,last-last berterabur kena kacau.Haha.

Ni proses membuat stok ayam untuk digunakan semasa memasak nasi dalam gambar di bawah.Barulah rasa ayam sket nasi tu.Aku memang penggemar tegar celery.Wajib ada kalau nak buat sup.Oh ya,salary pun aku suka.Hik hik hik.

Ini lawan nasi daging tadi.Bezanya? Letak ayam je.Haha.Semua beras bersembunyi di bawah ayam.Comel.

Yeah.Nasi yang versi daging da siap! Nasi versi ayam? Tak sempat ambil gambar sebab jiran-jiran semua serbu datang ambil sorang sepinggan.

Sedap sangat.Nak buat macam mana.






Sepetang di dapur bersama Abang Jamil.

Abang Jamil?

Euwww...


Posting Bergambar - 3


Melaka A'Famosa resort.

Agak berbaloi.

Sedap untuk percutian keluarga.



Posting Bergambar - 2


Bila anak buah datang KL lepak ramai-ramai kat rumah aku masa cuti sekolah pada bulan 12 lepas,selaku bapak sedara yang cool,walaupun baru bangun tidur dan belum mandi,aku kena gembirakan mereka.

Shoooomel kan?

Lip Lap gitewwww!!




Posting Bergambar - 1


Sedap betul dia tido.Penuh satu raga motor.

Wednesday, February 9, 2011

Formula persamaan matematik yang menyeronokkan.

1. Rozita Che Wan
2. Jasmin Hamid
3. Nora Danish
4. Maria Farida


Dah...4 ja aku list.

Apakah persamaan mereka?

Keh keh keh.

Aum!


*Update: Dah tukar Y kepada J kat calon no 2 tu.haha..silap pulak.Tq kepada mila yang menegur. =)

Tuesday, February 8, 2011

NiQuitin

Balik raya cina baru-baru ni,aku beli satu pek NiQuitin kat Sungai Petani.Itu pun setelah aku selidik betul-betul apa itu NiQuitin.Setelah kompiden,aku amik keputusan,untuk terus beli.Menda ni boleh dapat kat farmasi.Cari lah.Aku rekemenkan kepada kawan-kawan aku yang merokok dan kepada mereka yang hendak berhenti merokok.

Rokok mati lah.Bukan rokok hidup.

Nakal.

Aku beli yang jenis lekat kat badan.Senang.Ada jugak yang jenis gula-gula.Bapak aku bukannya kanak-kanak nak kunyah gula-gula.

Jadi,pada pagi ahad yang hening,sebelum masuk ke dalam kereta dan balik ke KL,aku passing sekotak kat bapak aku.Aku terang elok-elok cara pakai.Lepas tu apa nak buat kalau ada side-effect semasa pakai menda tu dan pelbagai maklumat lain lagi aku bebel kat bapak aku.Tak lupa jugak aku ingatkan kepada beliau,NiQuitin ni adalah nikotin juga.Cuma ia diambil tak macam rokok.

Kalau merokok,sekali dengan asap beracun tu masuk badan.Dengan NiQuitin ni,hanya nikotin semata-mata yang masuk badan.Lebih baik dari merokok.Dan,dengan pemakaian berkala kepada dos yang lebih kecil setiap minggu,disertai azam berhenti merokok,aku harap,badan bapak aku akan menyampah dengan nikotin dalam masa 8 minggu lagi,seterusnya bapak aku tak perlu merokok.

Lepas bagi penerangan,aku salam tangan mak bapak aku.Kemudian aku masuk dalam PS.Bersedia untuk pulang ke KL.Aku ucap salam dengan penuh sopan sebagai finishing sebelum blah ke KL.

Sayu habis!

Hari isnin semalam,aku tanya adik aku tentang keadaan bapak aku.Kata adik aku,bapak aku loya,nak muntah bila pakai menda tu.Demmit.Nampaknya dos aku beli tinggi sangat.Kan dan keracunan nikotin dah bapak aku tu.Walaupun bapak aku merokok lebih 10 batang sehari,dos tu tinggi sangat nampaknya.Aku nasihatkan,suruh buang dulu.Jangan pakai.

Hari selasa.Hari ini lah.

Baru kejap tadi,bapak aku call.Aku cemas.

"Arini pakai lagi,dah tak pening dah.Hisap rokok dah rasa tak sedap.Hisap sebatang pun tak habis.Tak isap 3 jam pun tak apa.Badan rasa sihat banyak." itu antara dialog bapak aku yang buat air mata aku hampir berjurai keluar setelah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan tabiat merokok yang telah diamalkannya selama berpuluh tahun.

Permulaan yang baik.




Yeah!

Fuck rokok!

Transformers nak keluar lagi.


Boleh tengok di SINI trailer dia.

Harap-harap best!

Maliau Basin (Update laju-laju sebab kagum)

Ok.Sebenarnya aku baru tau,kat malaysia ni ada tempat macam Maliau Basin ni.Selalu aku kagum dengan basin-basin kat luar negara ja.Siap atas basin kat sana tu,penuh dengan segala jenis hidupan.

Berkat belajar geo masa sekolah,boleh le kenal bentuk muka bumi kat dunia ni.Jenis-jenis lembah,jenis2 tanjung,jenis2 muara,semua tu aku minat.

Jadi,bagi aku yang minat geografi ni,mengetahui bahawa Sabah mempunya Basin yang besar (lebih 20km lebar rasanya) adalah satu menda yang sangat awesome! Terus rasa nak sewa helikopter pusing-pusing keliling basin ni(air liur dan air mata dah keluar).

Ok.Kepada yang sama spesis dengan aku,jenis minat muka bumi ni,mari kita cekidaut gambar-gambarnya.Kalau aku kat Sabah,aku dah jejak kaki dah kat sini.Demmm!!



Monday, February 7, 2011

Sepetang Di Kampung yang Awesome!

Jiran merangkap sepupu sebelah rumah aku nak buat kenduri.Kenduri kesyukuran katanya.Syukur tak syukur,sekor lembu jugak la tumbang.Dah nak capai tahap kenduri kawin.

Jadi,kalau kenduri yang menghampiri saiz agak mega macam ni,keperluan kayu api memang penting.Nak mudah cerita,musim kat kampung pulak tengah musim kemarau.Panas yarabbi.Orang utagha kata...panas lit-lit.

Jadi,selaku jejaka super gagah,mak aku menyuruh aku untuk pergi survey kalau-kalau orang kampung dah berkumpul untuk angkut kayu api dari kebun getah.Tanpa membuang masa,diulang,tanpa membuang masa(patuh habis lah),aku terus menunggang motor menuju ke port berkumpul.

Hampa.Tiada siapa yang berkumpul lagi.Ok.Mungkin masih awal.Baru jam 3.30 petang.Panas lit-lit lagi.Mungkin lepas asar.Jadi,aku berpatah semula menuju ke rumah.

Tengah OTW balik tu,aku lintas masjid.Naluri kecil aku menyuruh aku untuk singgah di sungai belakang masjid.Tempat paling nostalgia kat kampung aku.Banyak aktiviti kat situ dulu-dulu.Jadi,aku terus menuju ke sungai belakang masjid.Elok sampai tepi sungai,aku terus rasa berdebar.

Maunya tak berdebar.Kelihatan Malik,membe baik aku sejak kecil,tengah sedap memanah ikan kat dalam sungai. Dari atas tebing,aku nampak malik timbul tenggelam dengan senapang panah di tangan.Mukanya siap bercermin selam.Lengkap.

Focking shaitt...ini adalah sangat awesome dan tidak boleh dibiarkan!

Kali terakhir aku terlibat dengan aktiviti macam ni,kira-kira 13 tahun lepas.Masa tingkatan dua dulu.Dalam tempoh dua kelip mata,aku sudah berada di gigi air.Tersengih-sengih memandang ke arah Malik.Setelah digoda dengan air sungai yang super jernih,tanpa sedar,kaki aku dah ada dalam air.Malik yang menyedari aku ada kat dalam sungai,terus goda aku ajak mandi sungai.Bila lagi katanya nak berendam.

Demm.

Daun buluh bergemersik halus ditiup angin.Awan putih bersih berarak lembut.Bunyi riak-riak air sangat menggoda.Burung-burung berkicauan.Dolphin meluncur riang di sana-sini.Ikan-ikan di dalam air bernyanyi riang.Unggas-unggas di tepi sungai bersorak gembira.

Aku rebahkan badan aku ke dalam air perlahan-lahan.Rasa sejuk air sungai yang turun dari bukit mula menyelinap di badan aku.Badan rasa segar.Semua deria badan aku ligat menafsir erti bahagia,selesa dan nikmat mandi sungai.Nikmat yang agak lama aku tinggalkan.

Bertambah nikmat dapat mandi dengan membe kampung.Bukan senang nak berjumpa.Masing-masing kerja.Apatah lagi berjumpa di sungai.Ini sangat awesome!

Aku tersenyum di dalam sungai.Perlahan-lahan aku tenggelam di dalam kenikmatan.Dari kaki,air mula menenggelami aku perlahan-lahan.Bila air mula sampai ke muka,aku tarik senyuman paling manis sebelum menyelam jauh ke dalam dasar sungai.

Bahagia.







*****Tiba di rumah dengan muka puas.*****




"Ni pegi mana basah-basah ni?" adik perempuan aku tegur bila aku turun dari motor.
"Mandi sungai.Sedappp..Bestttt!" aku jawab dengan penuh bangga dengan harapan adik aku akan jeles.

"Kat hulu sungai tu,ada orang buang bangkai lembu mati...2 ekor...lembu yang kena penyakit.Eii..air kotor." pantas jawapan keluar dari mulut adik perempuan aku dengan mimik muka penuh jijik.









Emm.....

Eh!..Takdalah.Mana ada aku mandi sungai.

Korang ja salah baca.

Emm.....

Takda lah.

Takda.

Tak mandi pun.

Takda..




Wednesday, February 2, 2011

Live Dari Kampung

Baru melawat sebuah rumah yang penuh dengan burung.

Rasa nak kurung tuan burung tu sorang-sorang dalam sarang burung.








Baru dia tau apa itu erti lonely.







Update via Nokia 1100.