Monday, October 15, 2018

Dialog Suami Isteri - 31

Suasana di pusat beli-belah pada petang tersebut, sibuk dengan pelbagai ragam dan gelagat manusia. Ada yang membeli, ada yang buat-buat membeli dan ada yang tidak membeli. Masing-masing cuba memenuhi keperluan masing-masing.


"Abanggg...sayang lenguh kaki la." si isteri mula merengek manja.
"Kan sayang yang nak sangat shopping, abang ikut je." balas si suami.

"Sayang nak duduk la." si isteri sambung merengek manja.
"Eh, Sayang kan dah lama duduk. Takkan dah lenguh kot?" balas si suami semula.

"Bila masanya duduk? Kan dari tadi kita berjalan tak berenti." si isteri mencebik.
"Kan dah lama sayang duduk di hati abang..." balas si suami sambil buat-buat berjalan pergi dari si isteri.





Si isteri jadi cair tak tentu hala. 

0 comments: